Sunday 8 March 2020

Hello Retainer!

    Hello you alls! Dah lama rasa tak update blog ni. Harini nak update story pasallll RETAINERSSS .
Memandangkan hari selasa haritu aku baru ja cabut braces. Dah 5 tahun kot aku pakai. Doctor pun rasa perlu dah cabut braces aku. Sebab dah lama sangat. Before nk cabut kemain takut aku. Orang cakap sakit la apa la. Takdela sakit mana pun masa cabut tu. Biasa la nak rentap besi yang dah melekat dekat gigi kau bertahun2 tu. Actually is okay. Aku tak sakit pun.

    Lepas braces dah dicabut. Doctor akn cuci gigi kita. So jangan risau yaa apa2 yang melekat dekat gigi macam korang yang suka minum air manis masa pakai braces tu kan, akan lekat kesan2 air manis mcm colour coklat mcm tu. Benda tu boleh hilang bila korang dah bukak. Doctor akan bersihkan nanti. Sebab tu bila pakai braces jurangkan minum minuman manis. If kalau minum, pastikan cuci bersih-bersih. Kalau tak nanti  masa pakai braces jadi tak lawooo. Tap no worriess, dah bukak braces nanti doctor akan cucikann gigi korang. Jadi cantik dah! Baik klinik kerajaan mahupun swasta. Pasti akan dibersihkan.

    Lepas PA doctor siap scaling, cuci permukaan gigi semua rasa macam wahh cantiknyaa gigi i. Dah bersih cantik. Then, nurse ambik acuan gigi. Nak buat retainer. Acuan retainer sama jugak macam korang buat acuan gigi masa mula-mula korang nak pakai braces tu. Guna macam tanah liat tu, kena nganga luas-luas. then sumbat tanah liat tu. Tunggu dalam 2-3 minit bendalah tu rasa macam dah keras then nurse cabut. Rasa takyah cakap laa. Nak muntah. 

    Lepas siap ambik acuan semua, nurse suruh balik. Kejap lagi petang datag pulak ambik retainers. Dalam jam 4 macam tu aku datang pickup retainers. Sebelum tu doctor ajar dulu cara pakai retainers, apa yang tak boleh buat time pakai retainers. Segalanya lah. Retainers ni sensitif sikit. jadi korang kena jaga baik2. Patah retainers nanti bayar kena bayar around RM200 (Kerajaan) tak silap aku. Swasta aku tak pasti.

     Dan sekarang aku dah pakai retainerss. Yeyyy! Awal-2 pakai memang korang akan rasa tak selesa sikit. Rasa macam penuh je air liur. Nak bercakap pun macam pelat. Belum lagi lidah tersangkut dekat retainer. Sakit woo. Awal2 pakai luka lidah aku sebab tersangkut dekat retainers tu. Aku pakai retainer jenis besi sebaris tu. Tapi sekejap je. 2 hari korang dah jadi manusia normal. HAHAHA.
Tapi air liur still tak boleh control lagi bila pakai retainers. Huwaa

     Dan sekarang hari ke6 aku pakai retainers. So far so good. Lidah pun dah tak luka. Air liur dan boleh control sikit2 dah. tapi sampai sekarang aku tak pakai retainer pergi kerjaa. Derhaka kan. haha. Aku kerja bercakap dengan orang. Nanti orang tak faham lak. Dan rasa tak selesa bila bercakap sangkut retainers . *korang jangan ikut aku tau!* Hahah. Aku pakai retainer time tidoo dan time dekat rumah. Weekend fully aku pakai. Time dekat office je aku tak pakai. Kalau sayang gigi kena pakai selalu ye.. Bertahun2 pakai retainer, sayang kalau tak jaga betul-2. Gigi pakai braces tak macam gigi asal. Gigi pakai braces senang bergerak. Kalau tak pakai retainer dalam tempoh diberikan takut nanti gigi bergerak dah tak cantik. Jad SAYANGI LAH GIGI ANDA! Agitchuu. Tempoh pakai retainers 2 years macam tu . Fyi, korang boleh tanggal retainers time makan and gosok gigi. Selain dari tu PAKAI! Kalau jenis lasak dan selalu main sukan yang melibatkan bersentuhan tu better tanggalkan retainers.Takut nanti patah retainers korang, dah kena bayar untuk buat baru.

Ni retainer aku. Bestnya gigi dah cantik tersusun

Oklah, itu saja yang aku nak bebel. nanti aku share pasal cara penjagaan retainers pulak okayyy :)

Tuesday 28 January 2020

Cara Mudah Tangani Apabila Astro Jadi " Please insert the correct Astro Smart Card with the arrow facing up (S2)"

Hi gaiss! Lama tak update new story kann. Sha comeback :)

Harini aku nak bagitau problem yang korang boleh try buat if korang punya astro jadi macam ni
"Please insert the correct Astro Smart Card with the arrow facing up (S2)".
Memandangkan baru-baru ni aku balik kampung. Time ayah aku nak tengok tv petang tu tetiba keluar benda alah ni. Sudah! Jem otak baru fefeling nak tengok tv.

Image result for " Please insert the correct Astro Smart Card with the arrow facing up (S2)""
Keluar macam ni

So ayah aku ni kesian la pulak kan. Nak tengok tv tetiba jadi macam ni. Pikir punya pikir aku try la keluarkan smart card, cuci cips dia guna pemadam then masukkan balik. Still sama keadaan. Last choice aku buat macam  ni :
Firstly, korang try off decoder dulu buat seketika. Around 10 saat macam tu. Then on balik!

And alhamdulillah. Astro dah okey!

Kalau lepas tu astro korang dah okay means card korang takda problem lah. Kalau still jadi benda yang sama, silakan lah call astro yaa. Mungkin korang punya card dah rosak or something lain. 

Selamat mencuba! Semoga membantu :)

Tuesday 17 December 2019

Cara Mohon Pengurangan MARA

Assalamualaikum, hii korang.
For today aku nak share macam mana cara aku dapat pengurangan MARA. Since ramai dm aku dekat ig tanya macam mana, So aku share sini lah. Senang nanti untuk generasi akan datang.

Alhamdulillah aku baru saja konvo baru-baru ni. Dan lepas saja aku konvo aku terus proceed untuk permohonan pengurangan Mara. PERHATIAN! kena convo dulu tau baru boleh buat pengurangan. Even korang dah habis belajar awal pun still tk boleh buat pengurangan sebab nanti kena scan Scroll yang korang dapat tu. So pastikan convo baling2 bunga dulu yer!
Memandangkan my mom dah bising2 suruh settlekan semuanya jugak. Permohonan aku pada bulan November dan baru2 ni bulan December dah tahu jumlah perlu dibayar. Just 1 bulan sahaja tempoh menunggu. Total pinjaman aku untuk Degree berjumlah RM89++++ dan jumlah perlu dibayar cuma RM22++++. Alhamdulillah sangat2. Tak perlu bayar banyak2. Jom aku ajar korang step by step!

Sebelum tu korang ada eBaki tak? Function eBaki ni untuk korang check berapa total korang dah pinjam dan sebagainya. Hope yang belum ada tu daftar lah siap2 okayy. Kat bawah ni page eBaki. Korang boleh click link yang aku bagi untuk masuk website eBaki.


Ni korang boleh tengok situ jumlah pinjaman since 4 tahun aku belajar. Banyak sangat nak dibayar. Dan kena bersyukur Mara bagi pengurangan sangat2 banyak.



Jadi untuk sesiapa anak MARA. Korang masa study tu belajar betul-betul. Score semuanya. Dean list every sem tu ambik. Jangan bagi orang! Haha. Sebab makin perform korang punya pointer,makin less lagi total yang korang kena bayar. Bertuah jadi anak Mara ni. Ni aku share dengan korang update terkini pasal peratus yang Mara bagi mengikut pointer korang. So boleh la calculate siap2. :)

Kadar Pengurangan MARA mengikut Pointer (Update Terkini)
3.5 and above: bayaran balik 15% dari total pinjaman
3.0-3.49: bayaran balik 20% dari total pinjaman
2.5-2.99: bayaran balik 25% dari total pinjaman
2.0-2.49: bayaran balik 30% dari total pinjaman

CARA APPLY PENGURANGAN MARA

1) Photostat scroll dan transcript korang. Nanti minta Pengetua sekolah pun okay untuk cop sahkan.
    Bagi budak MIIT. Korang boleh pergi level 3 dekat campus MIIT tu, cakap dekat diorang nak buat      pengesahan. So nanti tahu lah diorang nak pengesahan dari siapa. Tak perlu nak susah2.
   *makesure korang scan tu bagi betul-betul clear ye untuk mengelakkan sebarang kesulitan masa proses nanti*
   Dah settle pengesahan semua scan save dalam pc/laptop untuk upload dalam eConversion nanti.

2) Dah scan masuk pc korang masuk website ni http://online06.mara.gov.my/econversion/index.php?mtd=signin dan log masuk.

ID dan password cuma guna id and password eBaki korang sahaja! Sebab nanti korang nak cek permohonan lulus atau tak melalui eBaki untuk check status.

Website eConversion

 Then SIGN IN.

Masukkan IC korang dan password account eBaki korang okay!





3) Then dah masuk page, isikan semua maklumat korang bagi lengkap. If bekerja, isi semua maklumat situ. Butiran pelajaran dan sebagainya ye.

Contoh macam ni



4) Sebelum tu pastikan korang dah bayar bayaran komitmen RM300 dulu ya. Seperti yang tertera pada website eConversion.

Macam ni

5) Seterusnya upload lah dokumen korang (Scroll,Transcript dan resit pembayaran rm300 tu)
    Macam aku cakap diatas tadi. Masa scan tu pastikan betul2 clear yaa!
    Macam aku masa scan tu aku jadikan scroll dan transcript satu file jaa. So its up to you lah nak         asing or satukan. Boleh jee. Takda masalah.
Dah siap upload jadi macam ni.


6) Dah settle click "SELESAI". Dan nanti korang boleh check dulu ada salah ejaan dan sebagainya, boleh edit dulu yaa. Boleh check status pada bahagian kotak kanan sekali tu samada dokumen korang level lulus dan sebagainya. 

UNTUK KAEDAH PEMBAYARAN 

Korang boleh payment melalui apps Mara. Boleh search MARA EPS pada playstore korang dan download. Dah download nanti daftar dan  buat kaedah pembayaran melalui situ. Nanti bukti pembayaran save untuk upload dalam eConversion.
Download apps ni
Kemudian settle! Nak tahu lulus ke tak, tunggu lah 30 hari dari tarikh korang submit tu. Means if apply 12 Nov - 12 Dec dah boleh check . PERHATIAN! If permohonan korang dah proses, korang dah tak boleh kemaskini apa-apa maklumat dekat eConversion tu dah ye. So sebelum tu pastikan isi betul2.  Dan pastikan check juga eConversion, incase permohonan korang belum lulus or tak atas sebab2 tertentu. So korang boleh check situ.

Nanti rajin2 lah bukak eBaki untuk check status permohonan korang. Jadi jangan tangguh2 lagi untuk bayar. Buat lah secepat mungkin okay!
If tak faham apa2 boleh terus dm aku dekat ig.

Thank you sudi membaca page ciksyaa!

Monday 16 December 2019

Training di UTS Marketing Solution

Hi assalamualaikum, dah lama aku tak bersiaran . Welcome back gais!

Sangat sibuk semenjak ni. Okay today I nak share dengan korang pasal company yang aku pernah kerja.
Ada yang pernah kerja di UTS?

Aku dah 2 bulan kerja di UTS. Act uts bukan la macam yang diceritakan umum. So far aku kerja situ okay ja. Experience semua tu. So harini aku nak cerita dekat korang pengalaman aku training for 1 week di uts.

Aku pergi iv di Akademi Etiqa dan alhamdulillah rezeki aku dapat dan 17/9/2019 aku kena pergi training selama seminggu di Bangunan KWSP dekat area Raja Chulan tu. And aku sorang2 je. Mindset nanti dekat sana aku cari la geng. Hahaha. Positive sgt shaa. Haha. So first day aku tu ramai juga la yang masuk training. Dan dah jumpa geng. Yeyyy! Takdalaa krikkrik sangat hidup.
Disitu position as telemarketing. Yess! You kena call orang. Aku ni bukan dari bidang tu. Tapi bila dah masuk. I like pulakk. Tibee jadi macam satu experience untuk kita cuba sesuatu benda yang baru.

Training satu hari ke?
- Yes, whole day, time office hour. Masuk 9.30pm - 6.30pm.

Belajar apa masa training?
- First day till 3rd day korang akan belajar pasal "apa itu insurance", jenis2 insurance etc etc. And the ada assesment, (yes,kita jual product okay,sales!) But for me, if you want you can continue untuk teruskan perjalanan ni. hari ke 4 dan ke 5 kita ada role play. Macam exam la. Trainer akan test korang untuk bercakap macam mana korang nak present di call floor nanti. If pass awak akan bekerja, buat la sampai pass (tapi selalunya akan pass semua, InshaaAllah).

Dan aku sangat enjoy training kat situ sebab my batch sangat2 happening. Trainer best! Sporting. Time makan 1.30 ke 2.30. Korang boleh makan dekat cafe KWSP. Situ aku suka sangat makanan dia. Sedap! Tekak aku la mengatakan sedap. Korang tak tahu la macam mana. Dan kalau korang rasa nak jimat-jimat, korang boleh try makan dekat cafe di bangunan Ambank.Situ ada pelbagai makanan . Banyak pilihan sikit la. So masuk situ kena register di receiptionist dulu yaa baru naik ke cafe Ambank. Dan situ murah. RM5 boleh dapat. Air free. Jimat!

Training aku seminggu . Aku masuk selasa sebab isnin cuti Hari Malaysia. Dan aku habis hari Jumaat. MAsa training dapat rehat 2 jam unuk kaum Hawa juga .Hari isnin aku start masuk floor. dan 1 weeks still training dekat call floor. Dekat situ nanti team leader akan guide korang cara nak guna system dan sebagainya. No worries! Korang ada 1 weeks untuk belajar. Dan kejar la buat sales banyak2. Best situ kalau korang lama-lama korang siap boleh hafal lagi script dan lama2 dapat build korang punya communication skill.

My friend masa training

So untuk korang yang nak tanya apa-apa pasal ni korang boleh direct dm shaa dekat ig or pm messenger di fb because shaa jarang on blog ni. Dan jangan lupa FOLLOW SHA okay!

Goodluck for your interview!
 
Copyright © 2019 BLOG CIK SYAA. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.